Baru-baru ini sewaktu saya jalan-jalan di pesta tapak Konvo UIA, maka terserempaklah saya dengan sebuah buku yang saya kira saya perlu hadam apa yang terdapat di dalam buku tersebut.
Sememangnya saya mengambil sikap untuk berfikrah harmoni sesama mana-mana gerakan Islam yang wujud. Selagi mana ada penyatuan untuk membangunkan ummah maka seharusnya semua pendokong mana-mana gerakan Islam tidak harus bertelagah.
Bahkan saya pun masih tak tahu kenapa tiba-tiba terdetik dihati saya bahawa dan berkata "Kemenangan sesuatu gerakan Islam bukan diatas keruntuhan gerakan Islam yang lain" . Mungkin ianya lahir dari sikap fikrah harmoni yang diambil.
Apa yang saya lihat keperluan untuk bersinergi sesama gerakan Islam dasawarsa ini amatlah mesti diutamakan oleh setiap pendokong gerakan Islam yang ada.
Ok , disini saya memetik sedikit prakata daripada buku yang saya beli ini.
Kemuncualan pelbagai gerakan untuk memperjuangkan tegaknya nilai-nilai Islam di tengah masyarakat merupakan suatu fenomena positif dan menggembirakan. Paling tidak, fenomena ini mengisyaratkan munculnya kesedaran umat untuk membangun kembali kejayaan agama mereka seperti yang pernah diraih dimasa lalu.
Hanya saja , sebuah gerakan Islam terkadang terlahir dengan landasan wawasan leislaman yang kurang dalam , apalagi di peringkat akar rumput para pengikutnya. Hal seperti ini lalu memunculkan perilaku yang kurang proposional dalam mensikapi aliran gerakannya. Jika ini terjadi pada beberapa kelompok gerakan pemikiran, maka yang terjadi kemudian adalah munculnya gesekan-gesekan dan bahkan disharmoni hubungan antara mereka.
Gesekan-gesekan ini muncul biasanya lebih kerana keawaman bahkan kebodohan pelakunya. Mereka tidak bisa membedakan mana hal-hal yang tsawabit (mutlak, qat'ei) dan mana pula yang mutagayyirat (relatif , boleh berubah) dalam ajaran Islam. Mana yang prinsip dasar dan berlaku terus dan mana pula yang bisa berubah sesuai dengan kebutuhan medan dakwah.
Baca seterusnya!
Posted by
Kalam Bicara
at
Thursday, October 15, 2009
Links to this post

“Salam. Syukran atas kerjasama untuk hadir ke program ‘Jalan-jalan Raya’ TAUTANHATI pada kali ini. Moga Allah merahmati ukhuwwah kita semua. Dimana hati bertaut, disitu ukhuwwah disambut….”
Begitulah pesan sms yang masuk ke inbox telefon bimbit saya beserta iringan bunyi ‘ring’ sebagai alert kehadirannya.
Saya meneliti sms tersebut dan saya begitu rasa tertarik dengan baitan terakhir sms tersebut.
“Dimana hati bertaut, disitu ukhuwwah disambut….”
Macam bias lihat ayat ini, tapi dimana ya ? Namun apabila memikirkan semula. Baitan ayat tersebut bukan sekadar saya pernah lihat . Bahkan saya telah merasainya , mengalaminya , dan menikmatinya.
Mengimbau kembali nostalgia di kampus yang menyimpan sejuta makna dan pengertian dalam hidup ini . Dikampuslah segalanya terbenih , sehinggalah saya dapat merasainya sekarang bahkan akan terus merasainya.
Alhamdulillah , ianya terbenih dalam suluhan tazkirah. Terbenih atas rasa kasih sayang pada hanya keranaNya. Benih yang disemai di dalam madrasah dakwah , membawaku memahami erti ‘tanggungjawab’ sebagai khalifah di bumiNya. Atas rasa kesedaran akan tanggungjwab ini , benih disemai dengan sebaik mampu.
Kini rasanya seperti sedang memelihara rendangan pokok ‘ukhuwwah’ yang disemai dulu. Kefahaman ‘ukhuwaah fillah’ yang disemai dulu kian merendang rupanya. Maka adalah menjadi tanggungjawab untuk memeliharanya.
Pesanan sms diatas membuktikannya. Sms itu hadir bertitik tolak daripada program mengumpul Hati-Hati yang telah bertaut melalui “Program Jalan-Jalan Raya” Alumni TautanHati pada 3 dan 4 Oktober 2009 lalu.
Program bermula pada maghrib 3 Oktober di rumah ‘Adik Aan’ di Kg Kuala Sg Baru, Puchong yang sudi menerima kunjungan rombongan Alumni TautanHati . Ahli rombongan Alumni TH datang dari lokasi yang berbeza-beza untuk tiba di destinasi yang sama , ketibaan pada waktu yang tak sama , menggunakan jalan yang merata-merata dan yang pastinya matlamatnya tetap sama.
Saya berfikir panjang , Kenapa ya? Ada yang sanggup datang sehingga sesat-sesat. Yang telah sesat untuk tiba bukan hanya pada yang tak pernah datang , namun yang pernah datang berkali-kali pun dengan atas rasa kebersamanya dan bangganya telah ikut turut serta sesat untuk tiba. Saya tak pasti samaada mereka sengaja atau tidak , tapi saya tetap ‘husnuzhon’ pada mereka. Mungkin hikmah kesesatan mereka untuk tiba ini , bakal menceriakan keadaan bila bertemu di destinasi nanti.
Rombongan saya , 2 buah kereta tiba pada 9.30 malam di rumah Aan . Saya bersama sahabat disambut ceria oleh ‘Mak’ (Mak Aan) yang sememangnya menunggu kunjungan anak-anak TH .
Secara ringkas, acara di rumah Aan adalah makan-makan, sembang-sembang, usik-usik dan diakhiri dengan sedikit sesi Taaruf dan ucapan ringkas dan penghargaan. Saya ingin berkongsi sedikit gambar-gambar yang sempat saya rakam untuk membantu menceritakan program yang telah berlangsung.
Saguhati untuk mak
Cenderahati buat Tuan rumah
.
Baca seterusnya!
Posted by
Kalam Bicara
at
Saturday, October 10, 2009
Links to this post
Potret sebelah boleh memberi sedikit gambaran mengenai perjalanan yang ingin saya kongsikan di-sini. Potret tersebut adalah 'trademark' bagi negara 70an yang telah kami kunjungi pada Februari , 6 2008 yang lalu . Kedatangan kami negara berhala Angkot Wat ini dengan misi ziarah ukhwah , melawat saudara-saudara satu aqidah , mendalami cara hidup mereka yang boleh dikatakan agak kekurangan dan ketinggalan berbanding kami di Malaysia.
Walaupun Cambodia atau 'kampuchea' terlebih dahulu mengecapi kemerdakaan daripada Malaysia, namun angkara pengkhianatan anak bangsa sendiri menyebabkan mereka seolah-olah kembali ke zaman mundur atau boleh dikatakan ketinggalan dari pembangunan . Angkara Pol-Pot durjana anak watan yang menjadi penghapus bangsa sendiri memperdaya bangsa sendiri , kononnya ingin membawa pembaharuan dengan menghalau penjajah asing tetapi rupanya beliau juga merupakan agen proksi ' komunisme' suatu ajaran aqidah songsang yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Kembalinya Pol-pot bersama fahaman yang membunuh institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan itu telah mengembalikan Cambodia daripada era pembangunan kepada era pertaniaan konvensional. Kesan daripada menjadi tentera sebagai pelurus kepada segala arahan dalam pemenrintahannya menyebabkan rakyat-rakyat hidup dalam sengsara . Jeritan-jeritan ketakutan dan penyiksaan masih dirasai oleh generasi-generasi lama masih hidup dan pernah melalui era Pol-Pot tersebut.
Jadi inilah akibatnya apabila manusia menggunakan aqal yang singkat untuk mencipta suatu garis panduan kehidupan yang hanya bersifat dendam terhadap fahaman 'kapitalisme'.
Disebalik Tabir Sebuah Perjalanan
Beberapa bulan sebelum ke Kemboja, saya telah mendapat satu panggilan telefon daripada senior UTMKL , menyatakan hasrat beliau untuk ke ‘Negara Orang Susah’. Rentetan daripada lawatan-lawatan beliau sebelum ni mungkin kebanyakan ketempat orang senang. Eropah , China dan lain-lain katanya.
Dalam hati saya berkata; "erm itu satu rancangan yang menarik " . Walaupun waktu tu aku agak keberatan disebabkan keadaan company yang saya bekerja tu agak tak stabil.
Beberapa hari sebelum bertolak dan jika tak silap saya 2 hari sebelum berlepas, sekali lagi saya mendapat panggilan telefon dari orang yang sama mengajak dan mengajak saya ke sana . Pada waktu itu , saya sudah berenti kerja daripada company yang saya maksudkan tadi dan sedang menguji diri untuk bekerja sendiri. Atas faktor kebebasan masa itu , abang itu mengajak saya untuk saya menyertai misi ke sana.
Jadi, dalam masa 2 hari, dalam keadaan tiada pengalaman naik flight , yang juga bermaksud tak pernah ada pasport. Maka saya terpaksa bergegas ke stesen bas untuk ambil tiket ke Kuala Lumpur pada esok petang. Keesokaan awal-awal pagi , saya terus ke pejabat imigresen Butterworth dan akhirnya pada jam 11.00pagi.
Kebetulan pada hari yang sama , saya ada appointment dengan customer. Selepas sejam menghabiskan air liur dengan customer tu. Kemudian saya terus bergegas balik ke Kampung (kg Sedim) . Saya balik kampung dengan tujuan untuk menyiapkan sisa-sisa kerja saya untuk penganjuran ceramah politik di kampung .
Pada waktu ini, seluruh Malaysia diambang PRU 12 . Keadaan kampung saya sunyi sepi selepas PRU11 , 2004 . Dikala PRU11 2004 , saya masih menuntut di UTM . Kini saya sebagai anak watan yang sudah kembali ke kampung telah membawa suatu sinar baru untuk membawa perubahan ke kampung yang penuh dengan karat-karat kejahilan.
Alhamdulillah , Allah mengurniakan saya panglima-panglima yang hebat yang dapat membantu saya untuk merealisasikan program tersebut. Saya mengambil masa 2 hingga 3 jam untuk membuat sentuhan terakhir sebelum menyerahkan segala tugas kepada panglima-panglima hawariyyun yang sangat optimis tadi.
Pada jam 4 petang , terus bergegas untuk pulang semula ke Pulau Pinang untuk menaiki bas ke Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang . Dengan menaiki motosikal pada petang dari kampung di Kulim ke Penang dan selamat tiba pada jam 5.00 . Sebaik sahaja tiba di rumah sewa di Penang, saya terus menyelesaikan tanggungjawab kepada ilahi , solat asar dan membuat persiapan ‘packing’ barang-barang dan terus bergegas ke Stesen Bas Sg Nibong. Akhirnya lebih kurang jam 5.30 petang, saya selamat mendarat diatas kusyen bas ekspress tambahan .
Bas yang saya naik bertolak seperti biasa rutinnya sebagai bas ekspres KL-Penang. Ia tidak boleh meluncur laju kerana , memenuhi hukum alam Bandar pada hari terakhir bekerja dalam minggu iaitu hari jumaat untuk bergerak keluar dari Penang adalah 'traffic jam' . Bas yang saya naiki mengambil masa Kira-kira 1 jam untuk melepasi Jambatan Pulau Pinang walau hanya berjarak 13 km.
Ketika di dalam bas, tempat duduk sebelah saya telah diduduki oleh seorang lelaki India yang sedang menyambung pengajian peringkat master di USM. Maka, dialah teman borak saya sepanjang perjalanan hari itu. Banyak perkara yang sempat saya bincang dengannya. Saya memberitahu beliau bahawa saya adalah di dalam perjalanan ke Kemboja.
Kemudian , entah bagaimana tanpa saya sedari topik perbincangan kami bertukar ke topik politik. Dalam perbincangan kami tentang soal politik, saya mengambil pendekatan secara akademik dan tak condong kepada mana-mana parti. Kebetulan pada waktu tu, seluruh rakyat Malaysia sedang ternanti-nanti perutusan Memanda Menteri Pak Lah untuk mengumumkan tarikh pilihanraya.
Point perbincangan saya pada petang itu adalah falsafah tentang perubahan, maka satu madah iaitu ; "kita jgn jadi Dinosaur yang tak nak berubah dikala zaman berubah, jadilah macam cicak walaupun kecik tak kuat, tapi speciesnya masih ada sehingga sekarang"
Tiba di Kota Metropolitan
Setelah menghubungi beberapa orang sahabat kat KL akhir ada juga tempat bermalam untuk saya pada malam tu. Kalau tidak, entah kat manalah tempat untuk saya tidur. Sahabat yang menjemput saya malam tu adalah Herman, dan malam tu juga saya sempat jumpa saudara Rasy'ain junior saya. Kebetulan beliau datang ke KL atas sebab ada program Alumni .
Apapun malam tu saya berusaha untuk melelapkan mata kerana pada esok paginya, jam 7 pagi (7 Feb 2008) saya mestilah terpacak kat Bus stand menanti Abg Zul (salah seorang sahabat Alif ) untuk menghantar saya ke KLIA .
Pagi esoknya, pukul 6.30 saya terjaga, gara-gara kepenatan yang amat sangat berkejar-kejar masa pada hari semalamnya. Menyedari bahawa saya dalam kelewatan, saya terus bangun mandi secepat mungkin dan sembahyang. Kemudiannya , saya meminta tolong Rasy'ain menghantar saya di Perpustakaan Negara. Alhamdulillah, mujur saya sampai terlebih dahulu sebelum mereka tiba. Lebih kurang 20 minit saya menunggu, akhirnya barulah muncul kelibat Abang Zul bersama sorang lagi teman yang baru aku untuk berkenalan yang kini juga salah seorang ahli sahabat Alif , namanya Asri.
Setelah , saya melabuhkan punggung di atas kusyen kereta , topik perbincangan pertama yang dibawa oleh Abang Zul adalah topik tentang Pilihanraya dan maklumlah pada ketika itu , diambang PRU12 . Dari mula naik kereta sampai ke KLIA , Abang Zul dengan nada yang sama dan konsisten mengkritik kebobrokan pemerintah. Saya dan Asri menjadi pendengar setia dan sesekala jadi tukang celah bagi meraikan kegigihan Abang Zul.
Langkah mula sebuah perjalanan
Kali pertama seumur hidup, saya tiba di KLIA yang dikatakan tercanggih di dunia yang merupakan antara trademark Dinasti Tun Mahathir . Setelah sampai , kami menurunkan barang-barang dan terus ke kaunter 4 . Kami menunggu Chief Delegasi sementara Abang Zul meletakkan kereta di tempat parking . Tidak lama selepas tu akhirnya , kami semua seramai 7 org yang pergi tak termasuk Abang Zul berkumpul untuk penyesahan tiket dan persiapan masukkan barang. 7 orang itu ialah Abg Sabir , saya, Asri , Abg Amin, Ustaz Nasir , Abg Arifin dan Abg Azizi
Selepas itu , kami mencari tempat makan untuk bersarapan. Pada pagi tu kami bersarapan dengan Nasi Lemak sambil berborak. Pada kali ini Abang Zul masih juara , sehinggakan sudah tiba waktu untuk bergerakpun beliau maíz berkata ; “Tak apalah, awal lagi”. Akhirnya , jam menunjukkan pkl 9.10 pagi. Kami terasa perlu tegas untuk bergegas pergi dan terus bergerak mencari platform H. Puas mencari-cari tidak jumpa platform H. Dalam masa yang sama terkejar-kejar kami apabila nama ketua delegasi kami dipanggil, mengumumkan supaya ke tempat berlepas secepat mungkin. Rupanya, penerbangan ke Kemboja diletakkan di local departure platform. Jadi, sekali lagi saya terkejar-kejar macam kartun. Tapi Abg Arifin masih dengan gayanya yang ‘selambe’ dan ‘cool’.
Akhirnya , buat pertama kalinya saya melangkahkan kaki menaiki ’flight’. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 1 jam . Semasa di atas ’flight’ , saya mula berkenalan dengan Ust Nasir , adakala diam tapi banyak cerita dia. Lebih kurang 20 minit atas flight , pramugara-pramugari mula mengedarkan makaanan untuk sarapan. Maka bersarapanlan untuk kali kedua. Sementara menunggu sarapan , sempat juga saya bersembang dengan ustaz Nasir tentang isu-isu kampus. Selepas 1 jam akhirnya sampailah kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa kemboja.
Alhamdulillah flight kami berjaya mendarat .... panjang umur kami, selamat sampai.
Baca seterusnya!
Posted by
Kalam Bicara
at
Saturday, October 10, 2009
Links to this post

Salam Ukhwah Salam Eid Mubarak .
Alhamdulillah bersyukur atas kurnianNya kekuatan daripadaNya , untuk menggerakkan jemari ini untuk terus berbicara tanpa suara ini.
Sememangnya hati ini dah lama menyimpan hasrat untuk mengatur bicara. Namun , bicara saya hanya bermain di minda dan tak kemana , hanya untuk pengajaran didiri dan tak dikongsi. Nekad saya malam ini untuk berkongsi apa yang dibicara di minda ini. Telah lama ditangguh , namun sampai bila.
Menulis bukan sekadar dot dot dot .
Ungkapan yang bisa didengar oleh peminat Saifulislam.com "Menulis Bukan Sekadar Memberi Tahu" . Ianya membawa suatu mesej bahawa manulis bahkan perlu lebih daripada 'memberi tahu' dan memberi sesuatu yang lebih daripada sekadar untuk orang tahu apa yang tulis .
Menulis untuk ' Mencetus Mahu' . Mahu untuk apa ya ? Mahu untuk 'Memberi' . Kerna "Erti Hidup Memberi" . Apa yang saya ungkapkan ini memang saya kira sudah cukup popular dalam memdoktrin pembaca-pembaca Saifulislam.com .
Menulis bukan sekadar 'Untuk Meng-update Blog' . Keadaan inilah yang menyebabkan setelah sekian lama saya bertangguh-tangguh untuk mengupdate blog saya. Sememangnya saya lebih suka menulis sendiri apa yang di'posting' di blog saya berbanding 'copy' & 'paste' tulisan orang ke blog saya. Saya mahu menjadikan posting blog saya ini benar-benar bicara minda saya.
Saya hanya penulis yang baru bertatih. Untuk saya menulis , saya memerlukan 'mood' yang baik, fikiran yang bersedia dan masa yang bebas daripada apa-apa kekangan. Tanpa beberapa keperluan tersebut, idea saya untuk menulis adalah tak kemana. Mungkin hanya sebaris dua mampu saya tulis dan kemudiannya minda sayab tepu untuk mengeluarkan idea untuk menutur bicara pada jemari saya ini.
Menulis bukan sekadar 'Untuk syok sendiri' . Menulis adalah untuk memberi sesuatu supaya ianya dapat dimanfaatkan kepada sesiapa yang membaca apa yang ditulis. Menulis sesuatu yang boleh dimanfaatkan orang yang membaca memerlukan ketelitian dalam merencana maksud yang ingin disampaikan dan mangatur ayat yang sesuai mesej yang ingin dibawa.
Bagaimana untuk menjadi teliti ? Teliti bukan bermaksud perlu mengkaji secara mendalam pada perencanaan maksud. Sebenarnya menulis adalah suatu seni dan teknik yang perlu sentiasa diasah. Ketelitian pada penulisan terbentuk pada sejauh mana pengusaan kita dalam seni dan teknik penulisan. Faktor pembacaan adalah antara faktor penting dalam menjadi seni penulisan semakin mantap. Pendek kata, banyak membaca adalah membantu kita tidak menjadi penulis yang syok sendiri kerna pengusaan kita terhadap menghampiri 360 darjah perspektif terhadap perkara yang ingin ditulis.
Menulis bukan sekadar 'Untuk berhenti disini' .
InsyaAllah, moga-moga Allah beri kekuatan untuk terus menulis selepas ini. Seni ini perlu diasah dan diasah.
.
Baca seterusnya!
Posted by
Kalam Bicara
at
Saturday, October 03, 2009
Links to this post
Alhamdulillah , seorang lagi sahabat baik saya dah kahwin. Bulan Julai lalu , Saiful Nizam, kawan baik sekampung. Sebulan sebelum itu, Shukri , rakan seperjuangan kampus.
Itulah dikatakan, jika dah sampai jodoh maka jadilah ia. Ayong , orang perak , juga kawan baik saya, rakan tangis dan ketawa . Saya dah anggap dia macam family saya . Dulu saya selalu juga gaduh dengan Ayong ni. Lepas gaduh , baik balik . Sekarang saya syukur , dia lepas suatu peringkat kehidupan yang bakal membawa kisah hidup dan suka duka baru bersama suaminya. Tahniah , buat kalian , semoga cinta kalian kekal membawa ke syurga.
Kerana destinasi yang terakhir yang harus kita sampai adalah syurga. Soal kahwin , mati adalah soal perjalanan, sebagaimana hidup ini adalah perjalanan. Ok, saya agak tepu untuk menulis panjang-panjang, cukuplah saya kongsikan gambar-gambar majlis walimah kawan yang banyak mewarnai hidup saya ini. Mereka-mereka ini adalah sebahagian daripada hidup saya....
Baca seterusnya!
Posted by
Kalam Bicara
at
Monday, August 10, 2009
Links to this post

Salam Semua,
Ni ada lagi sedikit perkongsian tentang panduan-panduan memancing dengan selamat. Tapi panduan ni saya tak dapat dari majalah Joran atau mana-mana ensiklopedia. Kat mana saya dapat panduan ini bukan persoalan utama. Yang penting kalian semua, memahami maksud yang ingin disampaikan... Moga-moga kalian semua tak terbabas semasa memancing...
Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga
jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga
jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.... .
OK, Jika dah baca, mohon berkomentar dan berkongsi pendapat, tinggalkan nama dan email anda yer.. Barakallahufik..
.
Baca seterusnya!
Posted by
Kalam Bicara
at
Tuesday, June 02, 2009
Links to this post

Ini adalah suatu kisah yang perlu dihayati. Saya baru lepas baca dari email kawan saya. Maka saya copy disini untuk perkongsian.
Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan
menumpang sebuah sampan.
Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang
mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika
dia sedang membuat kajian.
Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air
laut dengan tabung uji kemudian
digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku.
Berjam-jam lamanya Professor itu membuat
kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke
langit.Berdasarkan pengalamannya dia
berkata di dalam hati, 'Hmm. Hari nak hujan.'
'OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat' kata Professor itu..
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur
pendayung sampan...
'Kamu dah lama kerja mendayung sampan?' Tanya Professor itu.
'Hampir semur hidup saya' Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.
'Seumur hidup kamu?' Tanya Professor itu lagi. 'Ya'.
'Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?'
Tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas
hati, Professor itu
bertanya lagi, 'Kamu tahu geografi?'
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
'Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.'
Kata Professor itu lagi, 'Kamu tahu biologi?'
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
'Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?'
Professor itu masih lagi bertanya...
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.
'Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia
kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu
dihabiskan sebagai pendayung sampan.' Kata Professor itu dengan nada
mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.
Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja
datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor
dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu
bertanya,
'Kamu tahu berenang?'
Professor itu menggelengkan kepala.
'Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.' Kata
pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
Morale of the Story:
Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.
Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu
perkara-perkara penting dalam hidup.
Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari
kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan
kerjayanya, tetapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi.
Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg
dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?
Hikmat Inspirasi:.
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.
Usaha sempurna adalah kemenangan...
Baca seterusnya!
Posted by
Kalam Bicara
at
Sunday, May 31, 2009
Links to this post
zikrullahismail@gmail.com
